Hidup Untuk Berbagi

Tips Cara Menjaga Kulit Anda

merawat kulit
Hai sobat,,,kali ini saya akan berbagi tips tentang merawat kulit…langsung aja ya…

Kulit Yang Sehat
Jika anda mempunyai kulit yang sehat berseri, semua orang pasti akan mengagumi anda…
Kulit yang sehat juga melindungi anda dari sinar matahari dan bahan-bahan lain yang memasuki tubuh anda. Kulit anda ialah sistem pertahanan tubuh anda, jadi jagalah ia dengan baik.

BENARKAH ADA MAKANAN KHAS UNTUK KULIT?

Anda tidak memerlukan banyak losyen atau kosmetik untuk mempunyai kulit yang cantik atau sehat. Makanan juga mempunyai banyak nutrien semula jadi yang bagus untuk kulit anda. Tetapi cara yang betul untuk kulit anda mendapati nutrien-nutrien ini ialah dengan mengikuti cara pemakanan yang seimbang, bukan dengan meletakkannya atau memerahnya pada kulit anda.

Nutrien Untuk Kulit Anda

Untuk kulit sihat berseri, makanlah banyak sayur-sayuran berdaun hijau, sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna kuning, biji-bijian, kacang, daging dan makanan laut yang mengandungi vitamin A, C dan B6, dan mineral zink.

MASALAH Pada KULIT

�Alamak! Jerawat!!�

Jerawat dan akne adalah masalah kulit yang biasa dialami oleh remaja. Ia disebabkan oleh hormon-hormon semasa akil baligh. Masalah ini bukan hal yang serius, tetapi anda boleh mendapatkan perawatan jika anda risau.

Masalah kulit akan menjadi lebih buruk jika anda tidak mengikuti cara pemakanan yang seimbang. Misalnya, jika anda tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapat zat vitamin dan mineral yang penting, anda mungkin mendapat keradangan kulit atau penyakit kulit yang lain.

CARA MENJAGA DAN MERAWAT YANG BETUL

Cara-cara ntuk menjaga kulit anda:

– Bersihkan muka anda dua kali sehari dengan air bersih dan sabun lembut, kemudian keringkan.

-Lindungi kulit anda dari bahaya sinar matahari dengan pakaian yang sesuai, atau dengan menggunakan losyen perlindungan matahari. Terlalu banyak sinaran UV matahari bisa menyebabkan kanker kulit.

– Jangan sekali-kali memencet,memegang jerawat atau akne anda. Ini akan menyebabkan keradangannya merebak dan akan merusakkan tisu-tisu halus di bawah kulit anda.

– Jangan merokok. Itu akan menyebabkan kulit anda menjadi pucat, berkedut-kedut dan juga akan melambatkan keupayaan kulit anda untuk sembuh.

– Jika anda mempunyai masalah kulit, atau ingin mengetahui lebih banyak lagi tentang penjagaan kulit, anda maka temuilah pakar dermatologi (seorang doktor yang pakar dalam penjagaan kulit).

perawatan kulit

Apakah ini benar ?

Mitos #1: Jerawat disebabkan oleh memakan coklat atau gula-gula.
Benar/Palsu? Palsu. Ahli sains berkata bahawa coklat atau gula-gula tidak ada hubungannya dengan jerawat atau akne. Jadi, ikutilah cara pemakanan yang seimbang dan jumpailah pakar dermatologi untuk mengobati masalah akne anda.

Mitos #2: Mengambil makanan berminyak menyebabkan jerawat.
Benar/Palsu? Palsu. Makanan berminyak seperti makanan segera, piza, kentang goreng atau kacang tidak menyebabkan jerawat, atau menjadikannya lebih buruk.

Mitos #3: Mengambil pil-pil untuk kulit boleh membantu kulit saya menjadi lebih sehat.
Benar/Palsu? Palsu. Tidak ada penyelidikan saintifik yang membuktikan bahawa pil atau vitamin untuk kulit dapat secara ajaib memberi anda kulit yang sehat atau mengobati masalah kulit anda. Anda hanya perlu makan makanan yang berkhasiat dan makan pada masa yang tepat untuk mendapat semua nutrien yang diperlukan oleh badan anda.

Mitos #4: Meletakkan makanan, seperti timun, putih telur atau jus aloe vera, pada kulit saya dapat membantu kulit saya menjadi sehat.
Benar/Palsu? Palsu. Nutrien-nutrien makanan tidak berfungsi dengan begitu mudah pada badan atau kulit anda. Cara yang paling baik untuk mendapatkan keuntungan dari pada makanan tersebut ialah dengan memakannya.
Sekian tips nya ….Thanks atas kunjungan anda…

Sumber: nutriweb.org.my

One response

  1. Din

    untuk hilang sakit lutut dan sendi, parut, luka, kebas dan lenguh dengan berkesan sapu minyak DABUS Aromaterapi 3-5 kali sehari. sakit anda beransur hilang dalam masa 2-5 hari.

    5 Maret 2012 pukul 2:23 pm

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s